Social Icons

Wednesday 30 April 2014

Elakkan 7 Jenis Makanan Untuk Bayi


Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik untuk bayi. Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi.

Garam
  • Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini

Gula
  • Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.

Madu
  • Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi

Jus buah pekat
  • Jus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air.

Putih telur
  • Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas

Susu lembu
  • Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.

Susu rendah lemak
  • Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.



Monday 28 April 2014

EMPAT PERKARA PERLU DIELAK!!

Tujuan utama mencuci muka adalah membersihkan wajah daripada solekkan, kotoran, lebihan minyak dan sel kulit mati. Cucian yang sempurna dapat memberikan kesegaran pada wajah dan mapu mencegah pertumbuhan jerawat. Namun elak empat perkara ketika anda mencuci muka..


JANGAN KETERLALUAN SEMASA MENCUCI MUKA
          Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Menggunakan pencuci muka terlalu banyak, cuci   muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara yang terbaik adalah gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar pada keseluruhan muka anda.

JANGAN MENGGUNAKAN SABUN KETUL ATAU SABUN MANDI
         Sabun mandi tidak sesuai digunakan sebab kulit muka lebih sensitif berbanding kulit badan. Penggunaan sabun mandi akan menyebabkan kulit muka menjadi lebih kering dan menghilangkan kelembapan pada wajah.

ELAKKAN MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA ATAU TONER YANG MENGANDUNGI ALKOHOL DAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA
         Biasanya tanda awal kesan daripada bahan kimia adalah anda akan mengalami kegatalan pada wajah. Jika anda mengalaminya, berhenti menggunakan pencuci muka itu dan dapatkan rawatan doktor  sebelum menjadi lebih teruk.

      
JANGAN MENGGUNAKAN AIR TERLALU PANAS ATAU TERLALU SEJUK
        Menggunakan air terlalu panas boleh mencederakan kulit muka. Penggunaan air terlalu sejuk pula       membuat kulit anda 'terkejut' dan melemahkan peredaran darah juga oksigen. Gunakan air suam-suam  kuku. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.













Thursday 24 April 2014

BAHAYA METANOL..!! PENYEBAB BUTA..!!


INFO~

  • Sejenis cecair ringan, mudah meruap, tidak bewarna, mudah terbakar dan beracun.
  • Digunakan sebagai bahan pendingin anti beku, pelarut, bahan bakar dan bahan tambahan dalam industri.
  • Nama lain bagi metanol adalah hydroxynethane, methyl alcohol, methyl hydrate, methyl hydroxide, methylic alcohol, methylol dan wood alcohol.
  • Biasanya digunakan sebagai bahan pembuatan dalam minuman keras.
  • Harga metanol yang lebih murah menyebabkan ia sering digunakan sebagai pengganti etanol dalam minuman keras.
  • Dalam industri pembuatan, metanol digunakan sebagai bahan dalam pembuatan cat rumah.
  • Mereke yang mengalami keracunan metanol pada awalnya akan merasakan gangguan sistem pencernaan seperti sakit perut, mual dan muntah-muntah.
  • Penghidap kemudian mengalami sakit kepala, sakit otot, badan terasa lemah dan kekejangan.
  • Jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan kerosakkan saraf optik yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur dan akhirnya buta.
  • Boleh juga menyebabkan  gangguan pernafasan, tekanan darah menurun, koma dan akhirnya meninggal dunia.

Tuesday 22 April 2014

GALAKAN SOLAT DHUHA


Daripada Zaid b Arqam r.a bahawa ia melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat  dhuha. Lalu ia berkata: "Apa mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda : Sembahyang orang-orang yang bertaubat itu adalah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan). (riwayat Muslim)

Huraian:


  • Umat islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah
  • Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri Muslim yang sejati
  • Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdal sekiranya dilakukan ketika matahari betul-betul naik dan bersangatan panas
  • Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnye matahari

JANGAN MAKAN UBAT SESUKA HATI !!


" Walaupun paracetamol mampu melegakan  pelbagai sakit ringan tetapi ia boleh memudaratkan jika diambil berlebihan"


  • Periksa label di paket ubat bagi mengelakkan anda mengambil dos berlebihan dan jika terlupa mengambilnya pada masa yang ditetapkan, jangan gandakan dos pada waktu seterusnya
  • Paracetamol yang turut dikenali sebagai Asetaminofin ialah ubat penahan sakit yang popular diseluruh dunia kerana mampu memberikan kesan yang dikehendaki
  • Sering digunakan untuk melegakan sakit atau ketidakselesaan seperti demam, pening , selesema, sengugut atau lenguh badan
  • Ditampilkan melalui pelbagai jenama selain berbentuk capsul atau cecair
  • Selamat jika diambil mengikut dos yang disyorkan dan elakkan mengambil lebih daripada bahan atau ubat mengandungi paracetamol pada masa yang sama
  • Keperluan dos paracetamol antara kanak-kanak dan golongan dewasa adalah berbeza, jadi berhati-hati apabila memberikannya kepeda budak kecil serta jangan mengagak dos
  • Pengambilan secara berlebihan mampu menyebabkan gastrik, sakit perut, loya, muntah-muntah dan kerosakkan hati
  • Dapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan doktor jika berdepan masalah kesihatan walaupunkes ringan, bertujuan memastkan anda mendapat ubat dan dos bersesuaian keperluan
  • Jika anda mengalami simptom alahan seperti gatal, ruam, bengkak( muka, lidah atau tekak) pening dan susah bernafas, anda mungkin menghadapi alahan paracetamol walaupun kesan sampingan itu jarang berlaku
  • Sama seperti ubat-ubatan lain, paracetamol perlu disimpan jauh daripada cahaya dan kelembapan, didalam bilik air serta kanak-kanak.

Monday 21 April 2014

MAKANAN BERTIN : BAIK ATAU TIDAK


TIP-TIP MEMILIH MAKANAN BERTIN:
  • Semak kualiti pembungkusan: jangan membeli makanan dalam tin yang kemek, bocor, retak / membonjol
  • Semak senarai ramuan makanan pada label makanan dan ambil perhatian tentang aditif makanan yang ditambah dalam makanan tersebut contohnya bahan pengawet, pewarna, perasa dan sebagainya
  • baca label makanan untuk mengetahui tarikh luput dan baca panel maklumat pemakanan
  • Buat pilihan bijak untuk pelbagai produk yang sedia ada. Pilih makanan yang kurang lemak, kurang atau tiada garam, kurang atau tanpa gula
  • Elakkan makanan yang mengandungi sirap atau minyak yang banyak

APA YANG TERDAPAT DALAM TIN

1. Hanya bahan-bahan yang segar!

  • Kualiti makanan dalam tin amat bergantung kepada kesegaran bahan-bahan mentah yang digunakan. ikan dibekukan diatas kapal debaik sahaja ditsngkap dan disediakan sebelum proses pengetinan bermula.Cendawan Ayam Brand, contohnya, ditinkan pada musim sejuk sebaik sahaja dituai.
  • Proses sebegini menjamin para pengguna mendapat khasiat bahan-bahan yang paling segar.

2. Tanpa perasa tambahan!

  • Monosodium Glutamate (MSG) adalah penambah rasa kerana ia dapat mengimbangkan dan menyerlahkan rasa makanan tersebut. Anda boleh mendapatinya dibawah kod makanan aditif E621.
  • Namun jika resepi makanan tersebut baik dan menggunakan bahan-bahan yang segar, MSG tambahan tidak diperlukan. 
  • Sesetengah makanan dalam tin seperti Ayam Brand menawarkan makanan dalam tin dengan resepi makanan terbaik dan dijamin tanpa tambahan MSG.
3. Tanpa pengawet

  • Ingin tahu mengapa makanan dalam tin sentiasa sedap dan boleh disimpan untuk jangka masa yang lama seperti Ayam Brand?
  • Ini kerana makanan dalam tin adalah cara terbaik untuk memelihara tekstur, presentasi dan rasa makanan sejati untuk jangka masa yang lama tanpa penggunaan bahan pengawet
  • Proses pensterilan dicipta oleh Chef Perancis dalam tahun 1810 untuk memelihara bentuk dan kestabilan bahan makanan yang mudah rosak supaya ia boleh disimpan lama untuk dihantar ke pasaran-pasaran jauh sepanjang tahun
  • Proses ini adalah mudah : tin-tin ditutup dan divakumkan untuk menghasilkan keadaan kedap udara
  • kemudian tin-tin tersebut dipanaskan pada suhu yang ditetapkan untuk satu jangka masa tertentu
  • Proses pemanasan ini membunuh bakteria dan mengekalkan kesegaran makanan
  • Oleh  itu produk-produk dalam tin selamat untuk dimakan tanpa penambahan bahan pengawet.

Sumber : Berita Harian
21 April 2014

PETUA BADAN RINGAN, BERTENAGA


Badan letih, sengal atau tidak bertenaga bukan saja tidak selesa tetapi turut menyebabkan anda tiadaupayamelakukan sebarang kerja. Bagi mengatasi masalah itu, minum air rebusan serai dan halia yang dititik terlebih dahulu serta dicampurkan bersama, kulit kayu manis dan lada hitam. Jika meminum air rebusan ini pagi dan malam, InsyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu untuk meningkatkan tenaga wanita, amalkan pengambilan empat biji telur mentah sehari.

Friday 18 April 2014

PESANAN BUAT SUAMI

1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Wednesday 16 April 2014

13 LANGKAH ANTI PENUAAN



  1. Gunakan gula semulajadi sebagai penambah rasa. Jika boleh kurangkan campuran gula dalam minuman harian anda
  2. Kurangkan jumlah pengambilan karbohidrat diproses dalam diet anda dan digantikan dengankarbohidrat bijiran penuh terkandung dalam beras perang dan kekacang
  3. minum banyak air untuk memberikan  banyak kelembapan kepada kulit. Amalkan membawa botol air kecil dalam beg tangan anda
  4. Amalkan pengambilan buah avocado, minyak zaiton dan minyak kelapa mentah kerana kandungan khasiat minyak omega 3 bermanfaat untuk kulit anda
  5. Teh hijau yang diperkaya dengan antioksida adalah antara pilihan terbaik untuk mengekalkan keremajaan kulit dan memberikan keanjalan kepadanya
  6. Tambahkan pelbagai jenis beri dalam hidangan harian kerana ianya membantu sebagai bahan antioksida kepada kulit
  7. Kandungan selenium dalam kacang Brazil dapat membantu pembentukan sel baharu kulit
  8. Kel atau kubis adalah hidangan kaya dengan zat besi. Cuba gandingkan hidangan itu sebagai salad dalam pengambilan menu harian
  9. Buah melon juga bagus untuk keanjalan kerana kandungan vitamin C dalamnya melindungi kulit daripada kendur
  10. Tomato juga memberi manfaat kepada pembentukan kolegan kulit
  11. Kulit kusam dan tidak bermaya terhasil akibat masaalah pencernaan. Tambahkan pengambilan yougart dalam diet sarapan anda
  12. Ubah gaya hidup. jika anda perokok, hentikan tabiat itu dan kurangkn tekanan melalui aktiviti riadah.
  13. Jaga kulit anda. Gunakan produk bersesuaian untuk mengekalkan kelembapan dan sapukan losen untuk elakkan dari cuaca terik.






Friday 11 April 2014

PETUA OOHHHH PETUAA~

Petua Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalina) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.
d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
e) Lengkuas Padi/Helang/ Ranting – iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
g) Dalaman – Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks

a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

Petua Membersihkan Rahim

Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.
 

Tuesday 8 April 2014

WASPADA MINUM AIR

" KEKURANGAN AIR BOLEH MEMUDARATKAN, PENGANBILAN AIR SECARA BERLEBIHAN TURUT MAMPU MEMBERI KESAN BAHAYA KEPADA TUBUH "


Pengambilan air secara mecukupi  sangat penting kerana dapat membantu mengekalkan 70% kandungan cecair di dalam badan manusia, seterusnya melancarkan dan menyeimbangkan fungsi tubuh. 

Air dilihat 'bahan ajaib' yang memiliki 1001 kepentingan bagi mausia untuk meneruskan kehidupan, termasuk meningkatkan tenaga, melancarkan proses penghadaman, mengurangkan stress, mencantikkan kulit, dan memelihara kesihatan buah pinggang.

Selain itu, air membantu memberi dan mengekalkan bentuk tubuh menarik, membina otot, menghilangkan dahaga, menjaga kesihatan serta membuang toksik dalam badan.

Bagaimanapun pengambilan air seharian perlu mengikut keperluan tubuh iaitu 8 hingga 10 gelas sehari.

Pakar Nutrisi dan Kecergasan, Encik Kevin Zahri, berkata jika kekurangan air boleh memudaratkan, pengambilan air secara berlebihan turut membantu memberi kesan merbahaya kepada tubuh.
"Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan isipadu darah dan boleh membebankan jantung serta saluran darah anda, sekaligus meneybabkan buah pinggang juga terpaksa bekerja 'lebih masa' untuk menapis air berlebihan keluar dari tubuh melalui air kecil.

Kesan air berlebihan

"Siatem penapisan pada buah pinggang anda terdiri daripada kapilari dikenali sebagai Glomeruli  yang akan menukar darah kepada bentuk air kencing.
Akibat jumlah air terlalu banyak, Glomeruli anda berisiko rosak dan menyebabkan kegagalan buah punggang untuk berfungsi," katanya.
Encik Kevin berkata, tindakan meminum terlalu banyak air, sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair didalam badan dan otak yang boleh menyebabkan sel otak mengembang sehingga sakit kepala.

Lebih membimbangkan, rasa sakit kepala ini memberirisiko kepada individu berdepan muntah-muntah dan mual, sehingga mengakibatkan kematian.

Bagi mengelakkan bahaya berlebihan air, minum hanya untuk menghilangkan dahaga pada satu-satu masa, tetapi jika anda memerlukan air yang lebih baynak untuk menghilangkan dahaga melampau, minum air isotonic antaranya Gatorade dan 100 Plus.

"Jika anda banyak makan sayur, buah- buahan, dan serat, anda perlu minum lebih empat atau enam gelas air lagi berbanding individu biasa.

"Sekiranya anda meminum apan hingga sepuluh gelas sehari tetapi masih merasa dahaga, anda boleh minum lebih sedikit dan harus diingat sumber air tumbuh bukan hanya boleh diperolehi melalui minuman malahan makanan seperti buah-buahan juga mengandungi air.
ANTARA MASALAH KURANG AIR:
  • pening kepala
  • sukar tidur
  • keletihan
  • kurang fokus
  • merasa panas
  • kulit kering
  • sembelit
  • kencing kotor
  • risiko batu karang
  • kerosakkan buah pinggang
ANTARA MASALAH AIR BERLEBIHAN:
  • jantung, saluran darah dan buah pinggang terpaksa bekerja keras
  • kapilari sistem penapisan buah pinggang dikenali sebagai Glomeruli berisiko rosak
  • kerosakkan buah pinggang
  • keletihan
  • senak perut
  • pening
  • mual
  • muntah
  • kematian
sumber: berita harian







Friday 4 April 2014

SEJARAH ANDROID

Android adalah sistem operasi berasaskan Linux, direka terutamanya untuk paparan sentuh gadjet bergerak seperti telefon pintar & komputer tablet


  1. ANDROID 1.5 - CUPCAKE (30 APRIL 2009)
  2. ANDROID 1.6 - DONUT (15 SEPTEMBER 2009)
  3. ANDROID 2.0/2.1 - ECLAIR  (26 OCTOBER 2009)
  4. ANDROID 2.2 - FROYO (20 MEI 2010)
  5. ANDROID 2.3 - GINGERBREAD (06 DISEMBER 2010)
  6. ANDROID 3.0/3.1/3.2 - HONEYCOMB (10 MEI 2011)
  7. ANDROID 4.0 & LATER - ICE CREAM SANDWISH (16 DESEMBER 2011)
  8. ANDROID 4.1 - JELLY BEAN (09 JULAI 2012)
  9. ANDROID 4.4 - KIT-KAT  (AKAN DIUMUMKAN)

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
04/04/14 - JUMAAT

Wednesday 2 April 2014

BURUNG WALET


MORFOLIGI (ORGAN TUBUH) DAN ANATOMI  BURUNG WALET:

BADAN : ramping & ringan
SAYAP : panjangnya 12sm , buakaan sayap mencapai 26 sm. mampu terbang sepanjang hari tanpa hinggap walau sekejap. Mampu terbang dengan kelajuan antara 100 hingga 150 kilometer sejam.
PARUH : berbentuk segitiga dengan bahagian hujung agak sedikit melengkung
MATA : berbentuk bulat dan terlihat sangat tajam, mampu melihat mangsanya dari jarak jauh. Sangat peka melihat perubahan di sekitar lubang masuk sarangnya.
KAKI : kecil & lemah serta berkuku kecil dan runcing dengan jari-jari kaki yang akan hinggap dengan kukuh semasa berehat

CIRI-CIRI UMUM BURUNG WALLET:                            

  • tidak dapat bertenggek kerana kakinya lemah
  • tidak pernah memijak tanah
  • jumlah telur alam masa bertelur ada dua butir dan berwarna putih
  • panjang badan antara  9 - 45cm
  • hidup didataran rendah 500meter dari permukaan laut
  • memakan serangga terbang dengan cara menyambar
  • bersarang ditempat2 ynag gelap dengan kadar cahaya/sinar maksimum 0.02 lux (dua cahaya lilin)
  • sarangnya daripada air liur yang dapat dimakan
  • pengeraman setelah telur pertama keluar selama 23 hari
    tidak berpindah randah kecuali habitatnya diganggu
  • mikrohabitat di tempat-tempat samar gelap atau gelap sepenuhnya 
  • mikrohabitatnya, terutama di habitat yang terdiri dari banyak pohon /tanaman perlindung penghasil serangga
KEISTIMEWAAN BURUNG WALET:
  • air liurnya mahal dan istimewa
  • sayapnya kuat sehingga dapat terbang sehingga puluhan kilometer
  • perkahwinan burung walet diudara sambil terbang   
  • merupakan burung penjaga sarang daripada kotoran senang bersih
  • merupakan burung liar yang tidak mahu dikurung
JENIS-JENIS WALET:
  • WALET SARANG PUTIH
  • WALET SARANG HITAM
  • WALET SARANG LUMUT  
  • WALET SAPI
  • WALET GUNUNG
  • WALET BESAR














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blogger Templates