TIP-TIP MEMILIH MAKANAN BERTIN:
- Semak kualiti pembungkusan: jangan membeli makanan dalam tin yang kemek, bocor, retak / membonjol
- Semak senarai ramuan makanan pada label makanan dan ambil perhatian tentang aditif makanan yang ditambah dalam makanan tersebut contohnya bahan pengawet, pewarna, perasa dan sebagainya
- baca label makanan untuk mengetahui tarikh luput dan baca panel maklumat pemakanan
- Buat pilihan bijak untuk pelbagai produk yang sedia ada. Pilih makanan yang kurang lemak, kurang atau tiada garam, kurang atau tanpa gula
- Elakkan makanan yang mengandungi sirap atau minyak yang banyak
1. Hanya bahan-bahan yang segar!
- Kualiti makanan dalam tin amat bergantung kepada kesegaran bahan-bahan mentah yang digunakan. ikan dibekukan diatas kapal debaik sahaja ditsngkap dan disediakan sebelum proses pengetinan bermula.Cendawan Ayam Brand, contohnya, ditinkan pada musim sejuk sebaik sahaja dituai.
- Proses sebegini menjamin para pengguna mendapat khasiat bahan-bahan yang paling segar.
2. Tanpa perasa tambahan!
- Monosodium Glutamate (MSG) adalah penambah rasa kerana ia dapat mengimbangkan dan menyerlahkan rasa makanan tersebut. Anda boleh mendapatinya dibawah kod makanan aditif E621.
- Namun jika resepi makanan tersebut baik dan menggunakan bahan-bahan yang segar, MSG tambahan tidak diperlukan.
- Sesetengah makanan dalam tin seperti Ayam Brand menawarkan makanan dalam tin dengan resepi makanan terbaik dan dijamin tanpa tambahan MSG.
3. Tanpa pengawet
- Ingin tahu mengapa makanan dalam tin sentiasa sedap dan boleh disimpan untuk jangka masa yang lama seperti Ayam Brand?
- Ini kerana makanan dalam tin adalah cara terbaik untuk memelihara tekstur, presentasi dan rasa makanan sejati untuk jangka masa yang lama tanpa penggunaan bahan pengawet
- Proses pensterilan dicipta oleh Chef Perancis dalam tahun 1810 untuk memelihara bentuk dan kestabilan bahan makanan yang mudah rosak supaya ia boleh disimpan lama untuk dihantar ke pasaran-pasaran jauh sepanjang tahun
- Proses ini adalah mudah : tin-tin ditutup dan divakumkan untuk menghasilkan keadaan kedap udara
- kemudian tin-tin tersebut dipanaskan pada suhu yang ditetapkan untuk satu jangka masa tertentu
- Proses pemanasan ini membunuh bakteria dan mengekalkan kesegaran makanan
- Oleh itu produk-produk dalam tin selamat untuk dimakan tanpa penambahan bahan pengawet.
Sumber : Berita Harian
21 April 2014
No comments:
Post a Comment