Daripada Zaid b Arqam r.a bahawa ia melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat dhuha. Lalu ia berkata: "Apa mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda : Sembahyang orang-orang yang bertaubat itu adalah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan). (riwayat Muslim)
Huraian:
- Umat islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah
- Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri Muslim yang sejati
- Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdal sekiranya dilakukan ketika matahari betul-betul naik dan bersangatan panas
- Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnye matahari
No comments:
Post a Comment