- Gunakan gula semulajadi sebagai penambah rasa. Jika boleh kurangkan campuran gula dalam minuman harian anda
- Kurangkan jumlah pengambilan karbohidrat diproses dalam diet anda dan digantikan dengankarbohidrat bijiran penuh terkandung dalam beras perang dan kekacang
- minum banyak air untuk memberikan banyak kelembapan kepada kulit. Amalkan membawa botol air kecil dalam beg tangan anda
- Amalkan pengambilan buah avocado, minyak zaiton dan minyak kelapa mentah kerana kandungan khasiat minyak omega 3 bermanfaat untuk kulit anda
- Teh hijau yang diperkaya dengan antioksida adalah antara pilihan terbaik untuk mengekalkan keremajaan kulit dan memberikan keanjalan kepadanya
- Tambahkan pelbagai jenis beri dalam hidangan harian kerana ianya membantu sebagai bahan antioksida kepada kulit
- Kandungan selenium dalam kacang Brazil dapat membantu pembentukan sel baharu kulit
- Kel atau kubis adalah hidangan kaya dengan zat besi. Cuba gandingkan hidangan itu sebagai salad dalam pengambilan menu harian
- Buah melon juga bagus untuk keanjalan kerana kandungan vitamin C dalamnya melindungi kulit daripada kendur
- Tomato juga memberi manfaat kepada pembentukan kolegan kulit
- Kulit kusam dan tidak bermaya terhasil akibat masaalah pencernaan. Tambahkan pengambilan yougart dalam diet sarapan anda
- Ubah gaya hidup. jika anda perokok, hentikan tabiat itu dan kurangkn tekanan melalui aktiviti riadah.
- Jaga kulit anda. Gunakan produk bersesuaian untuk mengekalkan kelembapan dan sapukan losen untuk elakkan dari cuaca terik.
Wednesday, 16 April 2014
13 LANGKAH ANTI PENUAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment