DOA LEMBUT HATI
Allah Maha Lembut
kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
(ayat 19, surah
as-Syura )
DOA KESELAMATAN & KESIHATAN
Wahai
Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau akan keselamatan (kesihatan)
hidup di dunia dan di akhirat. Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon
kepada Engkau akan keampunan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku,
juga pada hartaku.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang
banyak (di dunia dan di akhirat)
2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana
Tuhanmu semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur)
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau,
dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya)
Fadhilat membaca surah Al-Kauthar
Barangsiapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.
Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.
Barangsiapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.
Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.
Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.
Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan
Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.
No comments:
Post a Comment